terlebih kreatif ke terlebih lahap ?? huhu.. saya letak hash brown kat daging beger tu. pastu letak sos dah penyekkan dia balik bersama daging dan roti. jadinya dia gemuk semacam. pastu baca bismillah dan terus ngap. :)
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............. ngap ! hehe..
nak jugak pakai neck pillow ni kan. padahal nak g mana je pun... masa ni on the way nak ke melaka. adalah dalam 2 jam perjalanan. tak tido pun. saje nak feeling2 mcm atas kapal terbang. ok bai. :P
breakfast dalam kereta pun boleh........... huhu.......
INGIN ketahui rahsia untuk menjadi bijak, gembira dan langsing tubuh
badan? Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi!
Namun ramai yang tidak menyedari perkara itu. Memulakan hari dengan
sarapan pagi adalah penting bagi membantu seseorang untuk berfikir,
merasa dan kelihatan lebih baik. Ia juga penentu suasana untuk hari itu
yang seterusnya.
"Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka yang kerap mengambil
sarapan pagi mempunyai sikap yang lebih positif, langsing dan mempunyai
prestasi mental yang lebih baik," kata pakar nutrisi Nestle Malaysia,
Cher Siew Wei.
Ini kerana badan kita menggunakan gula atau glukos dalam darah untuk
tenaga. Apabila kita bangun daripada tidur, paras gula dalam darah
adalah rendah kerana kita 'berpuasa' semalaman. Jadi, dengan pengambilan
sarapan pagi yang penuh khasiat dan seimbang, ia akan membantu
menyumbangkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda.
Berat badan dan mood
Siew Wei berkata, memulakan hari dengan sarapan yang seimbang
khasiatnya mempunyai kesan positif ke atas kepekaan, tumpuan dan
membantu pelajar dan pekerja meningkatkan sikap yang positif terhadap
pelajaran atau tugas masing-masing.
"Tidak menghairankan, jika diberi sarapan yang kaya dalam karbohidrat
yang kompleks seperti roti jagung, minuman bijirin penuh dan sarapan
bijirin penuh, akan meningkatkan paras glukos otak," kata beliau.
Makan untuk turunkan berat badan mungkin satu konsep yang paradoks
kepada sesetengah orang. Namun begitu, kajian telah membuktikan bahawa
makan sarapan pagi membantu membendung selera anda untuk hari berkenaan
di samping mempertingkatkan metabolisme . Ini sudah pasti membantu
seseorang untuk mengurangkan berat badan.
Siew Wei berkata, peningkatan metabolisme bermula dengan pembakaran
maksimum jumlah kalori untuk menjana aktiviti anda.
Adakah anda seorang penggemar karbohidrat yang sedang berusaha untuk
mengurangkan berat badan? Sarapan pagi adalah masa terbaik untuk
mengambil karbohidrat memandangkan anda mempunyai masa sepanjang hari
untuk membakar dan menggunakannya sebagai tenaga untuk badan dan otak
untuk bekerja. tetapi, pastikan untuk memilih bijian penuh yang tinggi
serat.
Pengambilan karbohidrat waktu pagi adalah 'lesen' untuk anda tanpa
menjejaskan usaha menguruskan badan.
Siew Wei berkata, mereka yang meninggalkan sarapan pagi juga dilihat
cenderung memilih makanan yang mengandungi tinggi kalori pada waktu
makan berikutnya. Untuk jangka panjang, ini boleh membawa kepada
pembentukan penyakit kronik.
"Banyak kajian menunjukkan hubungan antara pengambilan sarapan pagi
dan pengurusan berat badan. Satu kajian oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti
pada 2002 melaporkan bahawa 3,000 sukarelawan di Amerika Syarikat
mendapati 78 peratus daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan
dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap
hari.
"Hasilnya mendapati bahawa pengambilan sarapan pagi setiap hari
adalah satu bentuk lumrah untuk mengekalkan penurunan berat badan," kata
beliau.
Rutin pagi
Satu lagi kajian oleh Universiti Texas, El Paso di Amerika Syarikat
menunjukkan bahawa mengambil sarapan pagi boleh meningkatkan pengeluaran
leptin, sejenis hormon yang menyekat selera.
Bagaimanapun kajian Nutrisi Dewasa Malaysia (2003) menunjukkan bahawa
satu daripada 10 orang dewasa Malaysia tidak mengambil sarapan pagi.
Satu kajian bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan
Nestle mengenai Status Nutrisi dan Tabiat Diet Pelajar Sekolah Rendah di
Malaysia (2007-2008) menunjukkan bahawa satu daripada tiga pelajar
sekolah rendah pergi ke sekolah dengan perut kosong.
Alasannya? Daripada 11,371 pelajar sekolah rendah, 45 peratus
berkata, mereka tidak mengambil sarapan pagi kerana tidak mempunyai
masa, 22.2 peratus tidak lapar manakala 17.6 peratus tidak berselera.
"Tiada selera atau tiada masa untuk sarapan pagi adalah sama dengan
'saya tidak mempunyai masa untuk bersenam' sebagai alasan," kata Siew
Wei.
"Jika anda mahu membiasakan semula diri untuk bersarapan pagi tetapi
'tiada selera' menjadi halangan, mulakan dengan sesuatu yang sedikit dan
senang untuk disediakan dan tumpukan perhatian untuk menjadikannya
sebagai sebahagian daripada rutin pagi," katanya.
Tiada istilah lambat untuk sarapan pagi! Sarapan pagi ditafsirkan
sebagai hidangan pertama pada hari anda yang perlu diambil dalam tempoh
satu jam selepas bangun daripada tidur.
"Jadi, walaupun anda bangun hampir waktu makan tengah hari, makanlah
sesuatu. Ia masih dianggap sarapan pagi," kata Siew Wei.
Sesetengah kita mungkin memilih untuk menunggu waktu makan tengah
hari dan mengambil kedua-duanya sekali. Siew Wei menasihatkan agar ini
tidak dilakukan.
"Sarapan pagi adalah permulaan pengambilan makanan selepas 'berpuasa'
waktu tidur, jadi sekiranya anda bangun lewat, jangan tunggu untuk
hidangan makanan selepasnya. Makan dulu sesuatu.
"Anda tidak boleh menggantikan sarapan pagi dengan memakan lebih pada
waktu makan tengah hari. Ia tidak berkesan cara itu. Malah, ia boleh
membahayakan tubuh dan kesihatan," katanya.- kosmo !
p/s : marilah kita bersarapan walaupun berada di dalam kereta. hihihi...... tapi kalau bangun pukul 1 petang, bukanla sarapan tu. tu dah jadi BRUNCH ! tak gitu ? jadi, bangun lah awal untuk kesihatan dan juga untuk menambah rezeki. :)
in shaa Allah...