Sunday, July 21, 2013

TELUR GOYANG


Dari tajuk dia macam suspen je kan. apa yang bergoyang ?? hehe... saya tau menu ni dari pakcik saya. masa tu kami semua balik kampung. pagi tu tiba2 pakcik kata nak buat sarapan. nama dia telur goyang. haa ?? telur goyang ?? semua pelik... ternganga mulut semua. lalat pun masuk menerjah. lalu di kunyah. eh maafkan imaginasi saya yang keterlaluan ni. haha. ok berbalik pada cerita tadi. lepas pakcik saya dah siap masak, dia bagi atok rasa dulu. atok kata sedap.. dan kami pun menunggu la giliran dengan penuh ketidaksabaran. hehe.

cara masak dia senang jer. sebijik telur separuh masak, 2 keping roti, mentega dan kicap. 

mula2 rebuskan telur. pastu panaskan kuali. sapu mentega di atas roti. selepas kuali panas, masukkan roti tadi. layang2kan roti sehingga garing. (jangan sampai hangus ye). lepas dah garing, letak roti atas pinggan, dan pecahkan telur rebus di atasnya. letak kicap, dan TADAAA... dah siap !! perkara wajib selepas roti ni siap adalah kena goyang2kan pinggan. haaaaaaaa.. kan bergoyang telur tu. hahaha. dari situ la menu ni dapat nama TELUR GOYANG. 


bagi yang suka makan telur separuh masak, boleh la try masak.. 
ok kawan2 selamat mencuba.. 

ok bai :)

4 comments:

  1. Assalam...
    bestnya datang sini...en3 semua best..kalau wat cmni kt en somi mesti suka..

    ReplyDelete
  2. adda : hehe. bole cuba sarapan pagi :)

    ReplyDelete