Thursday, June 6, 2013

CENDOL BAKAR DENGKIL


Masa ni saya dan kak dilla on the way nak hantar barang customer kat dengkil.. semangat ni bukak application WAZE dari hp. sebab tak tau jalan . huhu.. bila dah guna waze ni, mmg senanglah jumpa jalan ke rumah customer. dalam 25 minit dari salak tinggi. customer beli jamu kurus. sebab dia kata perut dah boleh cecah lutut. bahaya ni.. kang sampai boleh cecah kaki lagi bahaya. betul tak ? hihi.........


lepas dah selesai anta barang, kami buat keputusan untuk singgah d gerai cendol bakar... kami hanya drive tru sahaja. memandangkan masa ni dah nak pukul 7ptg... depan kereta kami ada lg kete yg menunggu. tp xsampai 2 minit tunggu, ada sorg staff perempuan dtg kat kami utk amik oder. mmg cepat. tak sampai 10 minit, semua order kami siap dengan jayanya... cendol pulut, cendol tapai, cendol tapai durian dan kuih udang. dalam kereta tu jugak selesai... cuma kuih udang yg terselamat. sebab nak makan masa sampai kat umah.


inilah cendol paling sedap yg saya penah cuba. sebab......... isi banyak, lepas tu santan dia pun banyak. mmg lemak sgt... pendek kata mmg saya tgh mengidam nak minum lagi . saya bg 10bintang.. harap di kekalkan rasa dan bahan2 dalam dia... :)

 
korg boleh cuba... mmg saya cadangkan untuk dtg sini. lg2 waktu tengahari... mmg best dpt sejukkan tekak masa panas terik...
 

selamat mencuba. ok bai :)

No comments:

Post a Comment