Wednesday, January 16, 2013

BAGAIMANA MAHU MENJADI BOSS YANG DI SUKAI PEKERJA ...

Tajuk kali ni bukan la sebab saya dah naik pangkat jd boss. tidak sekali-kali. ramai yang tunggu saya kat simpang umah kang. Tajuk saya kali ini adalah di tujukan KHAS kepada sesiapa yang menjadi ketua. tak kira la syarikat mana sekalipun.


*mengeluh doblas saat*. kalau tanya saya, saya nak boss yang macamana, dah tentulah yang BAIK. betul tak ?? jawab betul sekarang .*paksa*. hehe :) selain dari baik, saya nak ada boss yang MEMAHAMI pekerjanya.contoh kalau kita mengadu megenai masalah.apa2masalah la sekali pun, TOLONG LAH dengar dulu. jangan nak menidakkan apa yang sedang di luahkan. bagi positif feedback walaupun hanya untuk sedapkan hati pekerja. 



mana2 syarikat yang ada briefing sebelum masuk keje tu, sebagai ketua, bagi lah KATA-KATA SEMANGAT sikit kat pekerja. jangan asyik nak menunding jari kaki je kat staff. masa brifing tu kalau boleh, cakap yang penting je, jangan melalut pasal benda yang tak ada kena mengena. selain BORING, staff juga akan MELUAT. meluat sebab kena berdiri lama-lama. 



 Selain dari perkara di atas, yang paling penting sekali, jagalah KEBAJIKAN staff. lengkapkanlah segala kemudahan yang tak ada tue. mana2 syarikat yang keje shift tu, peruntukkanlah tilam baru untuk staff berehat. bukanla untuk mengalakkan staff terbongkang tak buat keje, cukup untuk luruskan pinggang. ini sampai ber anai2 tilam apa cerita kan...



 ada jugak syarikat yang lebihkan client dari staff sendiri. apa yg dorg mintak, walaupun tak masuk dek akal, ON je. on the spot terus LULUS. kalau staff sendiri mintak , 3 tahun pun belum tentu LULUS. nak jaga kontrak pun jangan la sampai tendang staff ke tepi terus.. walaupun kami ni KULI je, kami juga berhak dapat layanan yang BAIK. *kami merangkumi ramai*. 



Sesekali tu, jadilah boss yang PEMURAH. bukan nak mintak bank in 200 kat akaun bank pun.cuma apa la salahnya belanja staff2 anda tu. kalau setiap tempat keje ada 20 orang, bg la kuih seringgit ke, bg air kotak oren ke. dua bulan sekali pun takpe. janji ada bersedekah. memang nampak kecik, tapi besar maknanya dalam diri staff anda. gaji ada yang capai lebih 5k, takkan rm5 pun tak boleh nak peruntukkan untuk bersedekah... 


Setiap Pemimpin Akan Ditanya Di Akhirat 

 

 Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya:

Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.

Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya.

Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka.

Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka.

Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya.

Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.

[Bukhari & Muslim] 

besar tugas boss nie. jangan ingat boleh goyang kaki masa kat akhirat nnt.. selagi ada peluang, selagi masih bernyawa, buatlah pekerja anda GEMBIRA. 

2 comments:

  1. wah yayang !! ai suka baca posting u kali ni .. mantooppp uu .. !!! hikhikhik .. suka !! suka !! *sambil lompat tinggi-tinggi*

    ReplyDelete
  2. baguih artikel yayang ni...sesekali apa salahnya ketua dengar pula keluhan hati pekerja kan..kan..kan!!!!

    ReplyDelete