Sunday, December 2, 2012

ISTANBUL AKU DATANG :)



Ya Allah.. punyalah payah nak cari Cathay Cineplex The Curve nie.. pusing punya pusing, punya pusing , last2 jumpa jugak... turun jugak la 2 kilo kot. sebab dah berpeluh2. bg yang pertama kali datang tgk wayang kat sini, sistem nak beli popcorn dan makanan kat sini lain sikit. kalau kat TGV atau GSC, kita beratur kat lane tu, sume kita akan dapat terus kan ??tapi kat Cineplex nie, lain sikit cara dorg. korg kena beratur kat kaunter sebelah kiri dulu, bayar dan simpan resit. lepas tu,keluar balik dari lane, pegi ke kaunter sebelah dan tunjuk resit td kat staff, baru dorg sediakan apa yg kita order td. bagi saya sistem ni agak lambat sikit sebab kena buat 2 kali keje. apapun, layannn.. sebab excited nak tgk ISTANBUL AKU DATANG punya pasal :p


Sementara nak tunggu wayang start, kami sempat lagi bergambar kat banner Twilight nie. dah la sebelah office dorg. so agak tebal muka la bila dorg asyik keluar masuk je. hehe. apa boleh buat, dah hobi saya ni suka bergambar kann... 
 
Lama dah teringin nak tgk cerita nie.. Termakbul jugak hajat di hati nie.. ewah... Masuk je dalam wayang, sunyi jea. mmg xde org langsung. dalam beberapa minit wayang nak start, barulah org start masuk.. Sempat snap lisa kat skrin. nasib tak kena halau keluar. buatnya lupa nak tutup Flash, tak ke haru..dont try this at movie.. :)

>
>
>
>
>
>

Secara keseluruhannya, Cerita ISTANBUL AKU DATANG nie,mmg SUPER SUPERB !! tabik spring kat cerita nie. cite ni adalah cerita pertama yang berjaya buat saya nangis dalam wayang. PENGAKUAN KHAS. *lap air mata*


Dari start, sampailah ending dia, mmg sangat2 best.. Cuma bg saya, kalau tukar watak tomok tu ke pelakon lain yg mmg semulajadi romantik, mesti lagi best. sbb dia agak kaku bila lakonkan watak romantik. Tapi setiap orang ada pendapat masing2 kan... ni dari kaca mata saya la... :)

Tisu pulak tak bawak masa ni.. lap guna baju pun bolehh..hehe..

Lepas dari tgk wayang, kami pun balik ke rumah.. sambil meredahi jem yang boleh di sapu atas roti, dan di makan begitu sahaja.. *pheww* . 2jam asyik tekan clutch n brek.. kereta manual punya penangan.. masa time naik bukit, mula la cuak.. takut kereta terundur ke belakang. haha... org ppuan bawak kete mcmni la. berhemah..*masuk mesin basuh, tekan butang ON sendiri*. istilah lain untuk "masuk bakul, angat sendiri."
hehe..

Sampai rumah je, terus landing atas katil dengan badan yang kepenatan. tamat la riwayat kesan degil.. hehehe..ok la kalau dah mula merepek tu, tandanya sampai sini sahajalah pengomelan saya untuk entri kali nie..

ok baiiii :)

1 comment:

  1. Yup... agree with you. My partner in crime and I we watched this Istanbul thing weeks back. Conclusion... Not bad for a movie and entertaining. I am with you and still wondering why Tomok? Takde orang lain ke.

    ReplyDelete