Monday, October 15, 2012

K.O.N.V.O.K.E.S.Y.E.N MULTIMEDIA UNIVERSITI 2012 , THE NAIL PARLOUR ALAMANDA & JOHNNY RESTAURANT :)

Kami sampai dalam pukul 11 pagi. Masa nie Ela baru je keluar dari dewan. Sampai2 je nampak ela ada kat bawah khemah, tengah beli air. Nampak lelaki kat sebelah ela mcm kenal,macam tak.Sekali bila dia  toleh je, laaaa Ajad ke... sampai tak kenal.. Sebab jauh beza dah dia sekarang. Dah kurus. Dulu dia berisi sgt. Dengan rambut panjang dia lagi. So bila dah kurus, dengan rambut pendek pacak2 nie, comfirm susah nak kenal. :)

Alololo cian dier.... huhu... boleh pulak convo girl nie kaki melecet pulak.. kasut baru kan mmg la selalu jd mcmni.. org tua2 kata, kena gigit dulu belakang kasut. bagi dia tak 'gigit' kita balik. jangan pulak dah pakai seminggu, pastu teringat, dan2 je terus nak gigit. gigit tapak pulak tuh !. Buat masa kasut belum di pakai lagi tau. :)
Makan tengahari ni telah di taja oleh ayah Ela. seronoknya pakcik shapie belanja makan. :) mmg tgh bebulur pun masa nie. sebab dari pagi tak makan apa2. Gambar makanan tak sempat nak snap. laju je diriku menelannya. dapat amik gambar setelah di habiskan je. First time makan obor2. sedap jugak. rasa macam sotong lembut tu je. tapi kenyal sikit. korg boleh la try makan obor2 nie. jangan jd aww sudahla.. hehe.. cekidaut website mereka di - www.johnnyrestaurant.com/
Mmg murah rezeki hari ni. macam saya pulak yang convo. kira ni menumpang ihsan org convo la.. dapat jugak orang belanja buat pedicure & menicure. total 3 orang dalam rm160. tq Ajad sebab belanja ktorg.. *tengok kuku*.


Cantik tempat dia. Dekat je dengan baskin robbins Alamanda. Sebelum buat rawatan kuku nie, sempat jugak makan aiskrim kat baskin. Ermm sedap... :)

Setelah menghabiskan waktu yang terluang kat Alamanda, kami gerak balik Banting. Sebelum dorg anta saya kat umah, sempat singgah jap kat kedai gambar. Tgh tgk dorg berposing, tiba2 ayah Ela ajak saya bergambar sekali. YaAllah malunyaa.. Ye lah, ni kan gambar famili. Tetiba saya pulak menyelit. huhu. Dengan muka yang tebal, saya pun pegi la ke arah dorg dan bergambar sekali... Senyum kambing di situ..... :D

Walaupun agak letih, saya tetap happy sebab dapat spend time dengan ela di hari convo dia... sorry tak sempat beli hadiah... nnt ye ell.. kami bagi patung barbie. hehe... 

Tahniah dari kami.... Setelah berpenat lelah belajar, inilah hari yang kamu tunggu2 kan ?? hehe... Tahniah sekali lagi... :) 

OK BAI :)

No comments:

Post a Comment