Monday, October 8, 2012

KITAR SEMULA... TESTING 1,2,3 :)

Inilah hasilnya untuk pengumpulan kak dilla untuk beberapa hari. HEHE. RM7.97. so dia bg RM8. ha free2 je dapat duit dari apa yg kita dah gunakan. Saya punya belum siap kumpul lagi. nnt akan di update kemudian k. Tempat kitar semula ni dekat je dengan rumah kak dilla. 5 minit je masa yang di ambil untuk sampai ke sini... 

Kalau kertas kira murah. 20 sen je  untuk sekilo. kalau besi mahal sikit. rm1 untuk sekilo. tin aluminium lagi mahal. rm3.50 untuk sekilo. jadi, kalau tiap kali lps minum air tin tu, jangan la terus campak dalam tong sampah. Campak la dalam rumah.eh salah. *nak kena seligi dengan mak, try la*. huhu. em campak la dalam beg plastik bersih. lepas tu labelkan sebagai, "TIN". kumpul setahun bulan mau dapat 100kilo kot. ntah2 lebih. dapat gak rm350 macam tu je. semudah A,B,C. :)

Masa masuk tempat kitar semula ni, punya lah ramai org hantar barang2. owner siap tanya, ada barang lg tak dalam bonet. sebab dia nak tolong angkatkan. huhu.... macamlah banyak sangat barang yg ktorg bawak. ni pun percubaan kali pertama. saje nak tgk tempat ni mcmana. 

Kat dalam ni, majoriti dorg kumpul barang banyak2 dulu, pastu baru anta kat sini. Sume datang dengan lori dan van. sekali tgk dorg keluarkan barang, mmg tak menang tangan. Kami yg bawak sikit pun dapat RM8, ni kan pulak yang 1 lori... ish3. 

kenapa kena kitar semula ?? 

Ia meningkatkan kualiti air dibawah tanah. Tidak kira betapa cekap dan selamat tempat pelupusan sampah digunakan. Kemungkinan bahan-bahan kimia yang berbahaya yang datang daripada bahan-bahan terbuang mencemari air dibawah tanah memang tidak boleh dinafikan. Air hujan dan apa-apa bahan cecair daripada tempat pelupusan sampah ini boleh mengalir ke dalam sungai, toksid dan sumber air yang boleh merosakkan ekosistem kita. Dengan Kitar semula, boleh mengurangkan sampah-sarap ditempat pelupusan sampah sekaligus sistem bekalan air boleh dipertingkatkan kualitinya.


Kitar semula mengurangkan pencemaran udara, kebanyakan kilang-kilang yang menghasilkan plastik, besi dan produk berasaskan kertas melepaskan asap-asap bertoksin yang boleh mengancam lapisan ozon. Dengan kitar semula bahan-bahan tersebut, ia membantu pengilang-pengilang ini mengeluarkan barangan dengan menggunakan bahan yang telah dikitar semula sekaligus mengurangkan pencemaran. Selain itu, melupuskan bahan-bahan yang boleh dikitar semula boleh menghasilkan pencemaran yang signifikan.


Kitar semula mengurangkan kesan pemanasan global. Bumi kita telah mengalami kesan-kesan serius daripada pemanasan global dan kita seharusnya melakukan yang termampu untuk mengurangkan kesannya. Pengeluaran sesetengah bahan daripada asal boleh membebaskan sejumlah CO2 ke udara. Sebagai contoh, pengeluaran aluminium baru menghasilkan lebih 95% CO2 berbanding kitar semula tin aluminium yang lama. Selain itu, kitar semula kertas yang juga boleh menyelamatkan pokok-pokok daripada terus menerus ditebang. Setiap tan kertas yang dikitar semula, 17 batang pokok dapat diselamatkan. Setiap satu pokok ini boleh menghasilkan sekitar 250 paun karbon dioksida daripada udara setiap tahun.

Apa lagi, jom kita selamatkan bumi !!

ok bai :)

No comments:

Post a Comment