Friday, October 12, 2012

KARIPAP PUSING HOMEMADE :)

Dengan suasana kedinginan yang melampau, serta hirupan air kopi, sangat sesuai jika di hidangkan bersama karipap goreng panas. ye dak?? wah ayat sangat skema di situ. :) 

dengan pantas saya ke dapur, tgk atas meja ada susunan karipap yang mak saya buat. laju je lah tangan ni amik sudip dengan kuali. panaskan minyak. api jangan kuat sangat tau.nnt hangus merengus pulak. bila rasa dah cukup panas, saya pun masukkan karipap2 tadi. muat la 4 ketul untuk kuali comel mcmni. dalam 10 minit dah siap goreng.... mak kata jangan la garing sangat. bia kuning2 je baru sedap. berangan sangat kot kat dapur, hamik kau. hampir rentung. hahaha. tp belum hangus la. mak kata ok la nie. berangan ke kat dapur td ?aish mak ni, mana tau ??huhu... :0

bila dah siap goreng , saya pun duduk minum dengan mak sambil menghirup air kopi yang panas terik itu. yaAllah tuhan sahaja yang tau betapa nikmatnya minum petang kali nie. semua hasil air tangan dari mak yang sentiasa akan membuat saya hilang fokus terhadap program diet yang sedang di jalankan. ahh tak kisahlah bukan selalu dapat makan karipap pusing dari mak. hehehe... sekejapan je dah habis. mcm biskut chipsmore pulak. :) erm ada lagi satu tray. esok pagi boleh buat untuk bfast pulak. makan karipap cicah sos cili pun sedap jugak kan ?? NYUM2..... :D

ok BAI :)

No comments:

Post a Comment