Monday, August 13, 2012

TIPS TRAVEL UNTUK TIDAK MENYUSAHKAN DIRI SENDIRI SERTA PEKERJA DI AIRPORT :)

Saya bukan selalu travel pun. Cuma kerja saya di airport bahagian information, jd serba sedikit adalah tips2 untuk sape2 yang nak naik flight.. Lagi2 time raya nie. Persiapan kena lengkap :)

* Seminggu sebelum tarikh berlepas,pastikan check dengan airlines yang di naiki samada masa flight di tunda atau masih sama. kalau kita beli tiket awal berbulan2, kadang2 masa akan berubah ke masa yang baru.


* pastikan beg mengikut berat serta saiz yang di tetapkan. Setiap airlines lain2 had berat bagasi. Better bukak laman web airlines yg di naiki... Boleh refer di situ... Jangan sampai nangis berguling2 di airport kerana tv LCD yg baru di beli dengan harga 4 ribu tak dapat di check in. gulp !


* Kalau ticket tu tru email, siap2 la print. Jangan hanya bergoyang kaki dari rumah dengan harapan ada orang nak printkan tiket tu. Mmg la kadang2 airlines yg akan tolong printkan, tapi kalu nasib tak baik, dan takde yg boleh tolong macamana ??? Haru kan ? Jadi bersiap sedia lah sebelum benda yang tak di ingini berlaku... Benda ni baru je berlaku. Passanger ni dtg kaunter sebab baru je lps kena marah dengan airlines coz tiket dia dalam email lg. Datang kaunter sy MARAH2 saya. Apa kes ?? Kenapa tak marah airlines tu balik ? Kenapa datang kat kaunter information dan marah2 ? Hati mmg menggelegak. Tapi dah saya ni di gajikan utk bekerja kat sini, sy sabar lg. Akhirnya masalah dapat di selesaikan. Nasib baik. Kalau tak berpiknik la kat airport.. Jangan jd mcm passanger ni tau kawan2. Tak baik mcmtu.... no no no....



* Kalau travel untuk international flight, pastikan sume barangan cecair yang melebihi 100ml, di letakkan dalam bagasi check in. yang kurang 100ml boleh di letakkan di dalam beg plastik yg terdapat di information kaunter. (jika hand carry). Flight domestik tak perlu beg plastik.



* Kunci ataupun wrapping beg elok2. Lagi2 kalau ada barangan kaca ataupun barangan berharga.



* Barangan tajam jangan bawak ye untuk hand carry. pisau ke, tukul besi ke, ataupun apa2 barangan yg boleh menyebabkan kecederaan.



* Datang kaunter awal. Sebaik2nya 3 jam sebelum flight berlepas. Dah berjuta agaknya passanger miss flight sebab datang lambat. flight pukul 3, pukul 2.30 baru sampai. Kalau datang awal kan tak rushing.. Kalau susah nak bangun awal, amikla flight tengahari, atau petang. :)



Hmm saya rasa ni sahaja tips yg saya boleh bg.
(kalau ingat update lg. huhu... )
Ok la kan daripada tak ada.hehe...
renung2kan dan selamat beramal...


ok caucincauuu......... (sedap pulak soya cincau.. hmmm ) :D

3 comments:

  1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin utk Yang sekeluarga ye..jaga diri baik² dan hati² memandu..

    -Jue, Ajib & Aaron-

    ReplyDelete
  2. sedutzone : tq :P

    sangratoo : TQ. selamat hari raya... maaf zahir batin... :D

    ReplyDelete