Sunday, July 15, 2012

UMRAH 3 JULAI - 14 JULAI, TIPS MENGERJAKAN UMRAH & ZIARAH DI MADINAH :)





























Assalamualaikum semua.. lamakan cik yayang kita menghilangkan diri.. Dalam 11 hari saya berada di Makkah dan Madinah. :)



Alhamdulillah saya dapat menyelesaikan umrah wajib saya pada 4 Julai.... tepat pkul 3 pagi... Lepas tu terus solat subuh di masjidil haram. First time masuk masjidil haram, hati berdebar2 dan tak sabar nak tgk Kaabah. Bila nampak je kaabah, kencang jantung saya. Apa yg selama ni saya impikan, nak tgk Kaabah depan mata, tercapai jugak... Alhamdulillah.. Happy sangat masa ni. berjurai2 air mata saya mengalir membasahi pipi.. Allah je yang tau perasaan saya masa nie. Rasa nak sujud kat situ jugak...


Pada hari jumaat, yakni hari nisfu syaaban, Alhamdulillah saya dapat mencapai segala impian saya di sini.... yang pertama sekali, saya dan mak dapat cium HAJAR ASWAD ! YA ALLAH terima kasih kerana memberi kekuatan pada kami untuk menciumnya.. Mula2 rasa macam "YaAllah ramainya umat Nabi Muhammad s.a.w...". memang berhimpit2, tolak menolak, dah la badan dorg besar2 semuanya. Yela orang ARAB kan. kan kasar. Tapi saya bawak jugak mak masuk ke kawasan hajar aswad. Saya tekad nak bawak mak. 10 minit berhimpit2 akhirnya kami dapat cium. bila saya masukkan je muka saya kat dalam tu, Saya rasa macam sy berada kat tempat lain. tempat yang tenang.. aman dan damai... tak dengar pun bunyi bising2... 3 kali saya dapat cium... Subhanallah.... terima kasih YA ALLAH.... yang kedua nya kami dapat cium rukun yamani, yang ketiga, kami dapat cium kaabah, yang keempat dapat masuk dalam hijir ismail, yang ke lima dapat sembahyang depan pintu kaabah, yang ke enam dapat tgk tapak kaki nabi ibrahim... Hari jumaat ni jugak saya dapat selesaikan sedekah rm200 yang org kirimkan pada saya masa saya nak check in. sya tak tau sape, dia berlari dan jumpa saya untuk bg rm200. dia pesan suruh pecah2kan ke duit kecik dan bagi ke pekerja2 yang membersihkan kawasan masjidil haram. lps bg org tu terus pegi.... dah tak nampak lps tu.... dapat jugak saya selesaikan amanah tue...


Masa kat sini, apa yg kita niat, sekejap je akan dapat. contoh kalau sy kata dalam hati " YA Allah hausnya.. lepas tawaf ni nak minum air zamzam la..". bila saya paling je muka ke kanan ada seorg hamba Allah hulur air zamzam pada saya. terkejut, tapi masa ni tak fikir apa2... saya amik dan minum.lps tu cari balik org tu dah hilang. Selalu ini yang terjadi... pendek kata kat sini jaga hati, jaga mulut. jangan cakap bukan2.. Allah bayar terus kat sini.

pendek kata kat sini semuanya kenangan yang indah. tak ada satu pun yang tak best.. Alhamdulillah saya dapat buat 3 kali umrah. masa nak balik, rasa nak nangis. rasa nak tinggal sini terus... sebab keadaan yang tenang. cuaca panas, tp berangin.. jadi tak rasa pun panas.... :) suhu dekat 50 darjah celcius. bayangkan kalau kat sini 38 darjah pun dah panas kan... Tapi kat sini lain... Allah akan permudahkan segala urusan kita kat sini.. sebab kita kan TETAMU ALLAH... :)

ok kat sini saya nak bg sedikit TIPS kalau nak mengerjakan umrah.. Jadi pada sesiapa yang first time buat umrah mcm saya ni, yang tak tau apa2, bole la dapat bayangkan n dapat buat apa yg patut dan tak patut kat sini... :)



**MAKKAH**



** first time buat umrah, kena mandi sunat ihram. lps tu sembahyang sunat ihram. lps tu, niat ihram bila sampai pada tempatnya ( nnt mutawif akan bgtau bila boleh mula niat). start je niat ihram dah kena jaga pantang larangnya.... bole search kat internet nnt :) masa di kaabah, niat sebelum di hajar aswad. niat tawaf di lampu hijau. lps tu mulakan pusingan 7 kali. dalam pusingan tu boleh doa, berzikir, ataupun baca surah2. lps da tawaf, smayang sunat tawaf di belakang makan ibrahim. lps tu minum air zamzam sambil berdoa. selesai minum, terus ke bahagian saie pulak. bermula dengan niat saie, dari safa ke marwah 7 pusingan. sama macam tawaf.. akhir sekali bertahalul... bertahalul sambil berdoa. bertahalul bermasud bergunting. bg ppuan gunting paling sikit 3 helai rambut.

** kat sini better kita bawak plastik untuk letak kasut dan bawa bersama masa sembahyang. boleh letak di depan kita. beg pun sama. jangan letak kat tepi. letak depan kita. sebaik2nya dtg sembahyang jemaah awal satu jam. nnt tempat penuh. yang penting sekali bawak sejadah. sebab kalau tak de sejadah dorg akan senang2 je amik tempat kita nak solat tu.

** makanan kat sini semua sedap2. amik je apa2 mmg menjilat jari.. hehe... aiskrim kat depan masjidil haram sedap. baru 3 riyal. hari2 makan pun takpe :p

** shopping kat makkah boleh, tapi bg saya kat madinah lagi banyak barang dan lagi murah. TIPS nak shopping kat sini. contoh : harga jubah 200 riyal. tawar je separuh harga. bermula dengan 100 riyal. sure dia akan kata tak boleh kan ? dia akan letak 180 riyal. tawar lg 150 riyal. kalau dia tak bg jugak, buat2 je nak keluar dari kedai. sure dia akan panggil.. mmg selalu berjaya.. tapi kalau dia tak panggil tu maknanya harga yg kita mintak tu mmg bawah dr harga modal dorg. huhu... Kat madinah la shopping. kat makkah just cuba je semua makanan. harga brg kat madinah jauh lagi murah dari makkah. tapi kalau nak buat buah tangan dari Rumah ALLAH, beli je la :)

** saya pakai simkad mobily. kita sms malaysia baru 27sen. malaysia sms kita baru 24sen. murah kan ?? :)

** masa tawaf pastikan beg kita zip elok2, dan pegang elok2. benda yg jd pada saya, ada indon ppuan sebelah saya, dah la depan KAABAH, dia boleh pulak nak mencurik. Tak takut ALLAH betul. saya perasan ada tangan nak bukak zip beg saya, saya terus tepis dan pandang dia tajam2. terus dia tunduk dan lari dari saya. org mcmni pun ada. depan kaabah tu ! hmm...

** kalau ada ppuan indon or lelaki indon dalam 4 org tanya, "mau kucup hajar aswad bu ?". jangan la kata nak. mmg la dia bawak kita, tapi lps dah dpt cium dia mintak harga upah bukan2. kawan saya kena sampai rm1000 tu !! dah la dia sorg je. last2 dia terpaksa bg jugak. gila kan ?

** kalau nak naik taxi better 4 orang dan pastikan ada lelaki. kadang2 kita dah bayar nnt dorg kata kita tak bayar. bahaya...

** nak sedekah kat sini better sorok2 kalau kita sedekah kat tempat terbuka, semua org kerumun amik duit kita. benda ni ustaz yg cerita.

** ucapan kat sini kena hati2.. sbb semuanya doa. contoh : kawan mintak teman pegi bilik air. pastu kita kata, "aku tunggu sini". mmg sampai esok la kita tunggu. sbb perkataan TUNGGU tu doa. seolah2 kita nak TUNGGU dia sampai bila2. kena cakap "JUMPA KAT SINI". ha baru la jumpa.

** perbanyakkan solat sunat. kat sini 1 solat = 100,000 pahala. satu zikir = 100,000 pahala. baca quran semua banyak pahalanya... :)

** kat sini plug sama macam kat malaysia :)




**MADINAH**




**kat sini kalau kita tawar barang kurang dari harga modal dia akan kata "MALAYSIA BAKHIL" kuat2. bg semua org dengar. sbb arab madinah kebanyakkannya kurang ajar. kena banyak sabar. biarlah kata bakhil pun janji dapat harga murah. tak semua kedai la.. ada yang ok yang tak mcmtu :)

** nak masuk raudah kena pakai mcm org arab. pakai purdah pakai jubah hitam. baru la tak tunggu sampai 3 jam. boleh terus masuk jer.


** plug kat sini lain. boleh beli kat kedai baru 3 riyal jer . murah :)

** better beli alat penimbang beg besi tu. baru 10 riyal. so bole la bajet berat beg. takut kena TAX jer kat airport nnt. :)

** kurma dan kacang beli di madinah. murah.

setakat ni, ini sahajalah tips yang saya ingat.. hehe... boleh la korg praktikkan... mudah2an dapat umrah mabrur, dan di permudahkan segala urusan... AMIN...

2 comments:

  1. Seronoknya.. Baca pun rasa macam nak menangis...
    :(
    Doakan che' pun berpeluang ke sana ya?
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. iz : saya doakan awk dapat pegi sana jugak. AMIN :)

    ReplyDelete