Sunday, December 25, 2011

GENTING HIGHLANDS DI MUSIM KRISMAS ;)

Masuk je dalam kereta, snap gambar dulu. Tanda muka ceria. Tapi kenapa nampak tak ceria je? Ok sebab lapar. Macam biasa kalau lapar mmg muka tak ceria. Kalau dah kenyang muka macam dapat duit sejuta money drop! haha....
Sampai je kat kereta kebal, ops salah, kereta kabel, cari parking kat tingkat atas. Sebab tau kalau kat tungkat bawah mmg berjanggutlah nak dapat. Turun kereta je, meluru semua keluar. Sempat snap candid gambar org meluru keluar dari kereta. hehehe...



Ini lah lokasi rahsia yang kami tuju dan terus meluru masuk. TANDAS. haha!!




Inilah dia kereta kabel yang dah 2 tahun tak naik. Rasa rindu di dalam hatiku ini ini.. cewaaahh...! Harga tiket untuk kereta kabel ni untuk satu perjalanan rm5. Kalau pegi balik rm10. Jadi better beli pegi balik, so senang la tak payah nak beratur lagi masa nak balik tu. Kat sini, ,masa kereta kabel nak bergerak, ada jugu gambar standby nak amik gambar kita. So mana yang nak simpan gambar kenangan tu bole la senyum lebih. Mana yang tak nak tu senyum kambing aje. hehehe...




mereka beratur belakang sebab saya yang pegang tiket. nanti tak dapat masuk pulak. kena tinggal.. ;)


Macam ni la muka saya masa abang kamera amik gambar. Agak2 muka senyum semangat ke senyum kambing ?? saya tau jawapan anda. senyum semangat kan ?? haha.. ye mmg pada mulanya saya nak beli gambar saya tu bila sampai kat atas puncak. Sekali tgk harga, *mata terbeliak*. rm35 untuk gambar yang kecik aje. saya rasa modal cuma rm5. so mereka untung rm30. kalau 1000 orang yang beli bersamaan rm30,000. wah bestnya meniaga kat sini... huhuhu... ;) (tak beli pun) suruh abg tu buat kenangan je gambar saya tue..

Keadaan kaki saya kat dalam kereta kabel. saje nak bagi goyang2 sbb ada orang gayat dalam ni.. haahhaha *gelak jahat*
Ok siap bangun lagi... nak bagi goyang lebih.. tapi sebenanrnya saya pun rasa gayat jugak.. masa nak duduk balik ni rasa nak tercabut lutut serta tulang keting. fuh * lap peluh*
kami tidak gayat lagi.. lihat muka kami senyum kan... padahal jantung rasa nak gugur di medan perang...

Alahaii.. kenapa tonggek lebih sangat tu... nak memerut pegi la toilet... hahahhaa... ni salah jalan.. kat sini la casino... kat tingkat ats sekali.. bajet kat atas tu ada jalan rupanya atas ni casino. kalau bole masuk takpe jugak. opsss....
Waduh2 apa gambar ni sesat kat bawah pulak. ni mesti kes tertinggal... masa ni sebok tgk kereta kabel sebelah mana tau ada yang nanges ke sebab gayat.. tapi takde pun. ada makcik ni siap tido lagi.. kelassss kau jah...


Di sebabkan masa ni nak krismas, jadinya semua decoration kat sini adalah bertemakan krismas.. banyak pokok krismas kat sini.. semua cantik2...
makan KFC kat sini.. beratur punyalah panjang.. Harga kat sini agak mahal. Tapiii... ayam dia besar!! tak habis ktorg makan... petua saya kat sini, kalau beli snack plate tu, makanlah dua orang. nanti membazir.. membazir itu amalan syaitooon nirrojim..

Kalau kat indoor wajib amik gambar kat sini. kalau kat outdoor pulak kena amik gambar kat bus london. betul tak?? tengok kat belakang tu. punyalah sesak dengan ramai orang. aduss berhimpit2 nak jalan... kena pegi masa bukan cuti sekolah baru tenang dan aman...

cantik betul decoration kat belakang tue.. rasa nak bawak balik hias depan rumah. tapi kang org ingat bukan umah org melayu pulak.. ok tak jadilah.. cancel.
bebeh turun _ kg. berapa tu kena tanya tuan badan sendiri tapi angka mmg banyak. lebih dari 5kg. huhuh... teruskan usaha anda hingga tahap yang cik dilla mahu... go go chayokkk !!!
Teringat pulak masa ni ada nyonya tu berebut kerusi dengan bebeh. seboleh2 dia nak duduk jugak walaupun tempat mmg dah tak ada. terpaksa la mengalah. lagipun orang tua... tak baik pulak kalau buat tak tau je.



"nak main boling tak?" tak nak.. adess bru ingat naik main. tapi kalau main sorg2 je apa yang bestnya. lawan dengan diri sendiri.. tak thrill la macam tu... so amik je la gambar kat luar... jadi la kan sebab dah tak dapat main.

Di sebabkan tak nak main boling, ktorg ajak budak2 ni main game tembak2. kat sini guna kad. kat dalam kad ni ada rm10, rm20. ikut berapa kita nak. 1 token bersamaan rm1. kebanyakkan mainan kat sini guna 4 token. jadinya rm4 untuk 1 game. so saya cadangkan amik la yang rm20. banyak sikit boleh main.
Kat sini ada memanah. latihan di sediakan. berapa ringgit tu lupa pulak nak menjeling kat harga.. tak mahal.. mungkin dalam rm20 mcm tu..
Sebab outdoor tutup #hujan# jadinya kami bergambar kat luar hotel. mmg sejuk dan berkabus sangat2... bercakap pun sampai nak kua asap.

masa bebeh tengah cari kasut, sempat lagi snap kat cermin besar kat sini.. puas hati dapat tengok celak bercapok. hahaha...
uii nak shopping kat genting ajeeee.. hahaha.. masa ni kasut org tu nak terkoyak.. pastu kaki da melecet. nasib ada kedai kasut. kalau tak mmg kena beli seliper angry bird yang berharga rm35 walaupun hanya seliper shj.. huhu...



masa balik tu kepala semua mereng dah. jadinya macam2 posing. pakai cermin mata hitam malam2 buta pun ada. tapi xmo letak la. mcm org tak betul aje. haha..
ni apa kesss ?? ni kes sbb kaki dah melecet. banyak sangat jalan. terpaksa letak bedak baby johnson. wangi satu kereta kabel. hehe.





Assalamualaikum. tak jawab dosa... hehehe... ingat tak saya kata semalam nak update pasal pegi genting? tapi last2 ari ni je yang free. sori ye lambat sehari.. ;)




kami pegi ke genting ni bertarikh 22hb december 2011. masa ni hari khamis. masa cuti sekolah. jadinya bila masa cuti sekolah faham2 je la kepadatan orang kat sini. saya dah banyak update kat setiap gambar jadi mana yang tertinggal je saya mengomel k..



dari rumah ke kereta kabel ni amik masa yang lama. sebab sesat. ikut jalan dalam. tak ikut jalan KL. sebab gerak dari sepang. amik masa hampir 2jam untuk sampai. siap sempat beli kopok lekor dengan goreng pisang. habis ktorg sental dalam kereta. hujan2,mkan panas2. mmg perghhhh... #jilat jari#.



sampai di cabel car pukul 2ptg. beratur dalam 10 minit sampaila giliran kami. amik masa dalam 15 minit jugak sbb adad lebih kurang 20 pencawang. masa nak sampai kat atas, kabus sangat tebal. tak nampak apa dah kat atas nie. rasa macam lalu kat dalam awan nano..



sampai je kat puncak, turunlah kami dengan lutut ketaq sbb masa nak sampai cabel car leh bergurau pulak dia. dia bole goyang2 pulak. mana taknya angin sangat kuat.. pokok kat bawah semuanya ke kiri dan ke kanan dengan deras. eh deras bukan ombak ke ?? #belasah#.



yay!! dah sampai... fuhh lega.... sampai je sini, terus cari tempat tiket.. semangat nak main outdoor kononnya.. last2 akak kat kaunter kata kat luar hujan lebat. jadinya semua game tak boleh main. mngkin sampai malam tutup. sedih sangat masa ni sbb kononnya nak tegarkan hati nak main solero.. sbb jantung saya ada kat atas, kiranya nak pegi amik balik la kali ni. masa tingkatan dua penah naik solero ni. mmg saya yakin jantung saya tertinggal.. mmg rasa nak pitam! misi saya untuk amik balik jantung tu tergendala. takpe la next time la jawabnya...



di sebabkan outdoor tutup, so main indoor je la. tiket indoor ni rm30. ada 7 game kat dalam nie. kalau tak nak amik pakej, boleh bayar rm8 untuk setiap game. saya tak main pun sbb kat dalam ni banyak mainan untuk budak2 jer. so tugas saya adalah window shopping! hehehe.. namapun window kan so mmg tak beli apa pun ...



dalam 3 jam dalam indoor ni, dah rasa "apa nak buat lagi yer?". sebab bergambar pun dah, makan dah, apa lagi ?? jadi jawapannya balik lah.... huhuu.. kejap je kan sbb outdoor tutup. kalau bukak mmg sampai ke malam kat sini lagi.. hahaha....



apa pun pengalaman kat sini lain sebab sejuk yang teramat sangat. rasa macam kat london #mcm penah pegi#. hahaha... best trip kali ni sbb mencabar.. next time nak pegi lagi sbb nak naik SOLERO. *muka semangat* .


ok bai... ;)

8 comments:

  1. aida tak pernah p lagi genting highlands.. >.<

    ReplyDelete
  2. wah! seonoknya ye..lama tak pergi..tiba2 teringin nak pergi pulak....hehe..

    ReplyDelete
  3. aida : aida... nnt pegi k ?? tido sana lagi seronok.. kena bawak baju sejuk tebal2... ;p


    nasha : ;) pegi nanti bagitau taw.. sbb nak mintak amikkan jantung kat atas menara solero tu.. haha...

    ReplyDelete