Sunday, October 16, 2011

NEELOFA - TAHAJJUD CINTA







Cerita Tahajjud Cinta ni kan sebenarnya yang masa LAST EPISOD je saya tengok. Sebab selalunya mesti lupa nak tengok. So dari awal mmg tak tau cerita ni macamana, jadi agak tak faham la jalan cerita dia. Jadi bila mak cakap ustaz ni ada 4 orang isteri pastu dia ni jahat, so macam dapat tangkap la sikit2... ni jalan cerita cerita nie...




Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fouziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.




Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.




Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).




Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fouziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.



p/s : ending tak berapa nak KICK sangat... Kalau ada sambungan saya akan tengok dari mula... =)
kenapa pilih neelofa? sebab dia cantik dan berbakat. ok bai. =D

1 comment: