Tuesday, August 30, 2011

HARI RAYA DI KLIA - 2011

Nampak macam sedap. Tapi ianya HANYA nampak sedap di mata. Malangnya kan, tak sedap pun! Rasa apa tah... Pedas gila kuah kacang dia. Cili punya la besar. Tercekik bila tersekat kat anak tekak. fuhhhhh!

Memperkenalkan........... model raya untuk tahun ni.... AIDIL & FITRI. Jadilah AIDILFITRI. haha!


Bergambar kenangan dekat aerotrain sebelum masuk keje. Muka buat2 happy. Ye la terpaksa la buat2... Sape yang happy bila kena raya kat airport beb! =o


 Bergambar kenangan depan immigration pulak... posing jangan tak posing... hehe...


 yes! dapat hamper dari MAB. Tahun ni cantik. Yang tahun lepas macam tak ikhlas je nak bagi.. hehe... apa pun, THANKS. sayang MAB. mata ke ats tangan ke dada!


Wahhh merah tuu... lawa sangat baju2 u olls... cantik... jom kita g anjung tinjau. boleh buat jalan kucing kat atas sana =)




Bergambar beramai-ramai untuk kenangan aidilfitri 2011...


Tahun ni.... genaplah dua tahun sy raya pertama di KLIA. Sama juga lah macam tahun lepas. boleh tengok entri yang lepas2 punya. ;p





Masa balik keje pukul 9 malam, bersamaan malam raya, saya terus gerak balik kampung. Kampung kat mana?? Kat Tanjung Layang. Tak tau kat mana tu??? Ok tempat arwah Dato' Sosilawati kena bakar. ha... kat situ lah... ooo cakap macam tu baru tau yerr.. nampak sangat kampung saya tak popular.. haha...









Sampai kampung dalam pukul 10.30 malam. Masa tu sedara-mara semua baru lepas habis shooting bergambar pre-raya baju jubah. semuanya melaram baju jubah pastu bergambar beramai-ramai. saya yang lambat 5minit ni tak dapat nak join. macam yo yo o je ada pre-raya kan?? haha... di sebabkan abang sy yang tu tukang amik gambar dorg, sy dengan tak malunya tanya. " angah nak amik gambar jugak leh ke?". " haaaa cepat2...". ait sy apa lagikkkk... pakai la jubah mak.. kih kih kih... sempat jugak la amik 2,3 dan berkeping2 gambar. kalau abang da siap edit nnt, leh amik dari dia =)









Lepas siap amik gambar, sesi makan nasik beriyani kambing!! yummyyy... tapi tinggal sikit jer.. tu yang rasa macam tak di perlukan tu... haha... tiba2 touching... tapi makan jugak lah sampai habis. Siap makan, mata rasa ngantok sangat. ye la esoknya tu nak keje pagi pulak kan.. Kena la tido awal. Buatnya bangun lambat, mamposs nak kena menjawab. tapi lewat jugak tido malam tu, dalam pukul 1 pagi baru dapat lelap.









30-ogos.2011 - RAYA!!! eh salah. raya.... (suara lembik2). sebab mula2 happy lepas tu............ baru den sedar. kena pegi keje. haha. rasa lawak je boleh tune2 mood raya pagi tu. tengok semua orang tgh syok lagi tido. ye la baru pukul 5.45 pagi. rasa malas je nak siap. huh!









last2 siap jugak. pukul 6.30 pagi gerak ke KLIA dari kampung. sebelum tu dapat lah bermaafan dengan mak, atok & nenek. rasa sebak bila tengok mereka2 semua melambai2 sy dari arah luar kereta. huuuu..... masa driving tak mau bukak radio. sebab nanti mesti lagu raya berkumandang. mood kan tengah sedih =(









sampai KLIA pukul 7.40 pagi. kebanyakan staff pakai baju raya. terubat jugak la rasa sedih tu. =) habis je briefing pagi tu, kami bermaaf2an dan bergambar. lepas tu terus pegi ke kaunter masing2.









kesimpulannya mood kerja pagi tu tak berapa nak happy. tapi kena la kerja dengan ikhlas jugak kan?? nnt makan gaji buta lak.. hehe... ok, selamat hari raya kawan2 semua! =)

1 comment: